icon-search
icon-search

Kenyataan Derma Download Duduk Dengar



1. Usaha dari Penerbitan Pancasona dan kami smua , penggiat- penggiat , pemaju- pemaju seni tanahair untuk mengumpul derma dan menyalurkan ke yang memerlukan semasa Perang #Covid19 ini .

2. Setiap derma anda perlu dilakukan scara online / manual ke dalam akaun bank di bawah :-

Penerbitan Pancasona CIMB ‭8602633200‬

Jumlah derma telah kami tetapkan kepada 5 pilihan:- RM10 RM20 RM30 RM40 RM50

Selepas menderma , anda perlu WhatsApp / Email kami beserta Resit Derma anda kemudian selepas dipastikan kesahihannya kami akan email anda “Login Password” untuk memberi anda Penderma, “access” kepada Pustaka Muzik Derma.Download.Duduk.Dengar untuk dinikmati scara “streaming” dan anda juga boleh “download” untuk simpanan hari- hari tua anda, spanjang Kempen Derma.Download.Duduk.Dengar ini berlansung .

3. Playlist” lagu-lagu di dalam Pustaka Derma.Download.Duduk.Dengar insyaAllah kami akan tambah dari semasa ke semasa , dan oleh kerana “access” kepada Penderma boleh digunapakai selama Kempen Derma.Download.Duduk.Dengar ini berlansung , maka kami amat berharap dengan berbesar hati agar Penderma juga sudi “menambah” derma- derma mereka, dari semasa ke semasa ,dengan penuh keikhlasan .

4. Maka dari semasa ke semasa juga lah ( kami cuba lakukan seminggu sekali, bergantung kepada kumpulan derma di waktu itu), kami akan salurkan setiap pungutan Derma tuan tuan dan puan puan ke segenap Tabung- Tabung #Covid19 yang memerlukan ( sila rujuk senarai) dan setiap penyaluran kami akan “screenshot” kan Penyata- Penyata / Resit- Resit Penyaluran itu di akaun social media @monoloQuerasmi sebagai bukti pembayaran kepada Tabung- Tabung berikut.

5. Kami , Pancasona hanyalah akan menjadi “orang tengah” di dalam Kempen ini, dan kami tak akan ambil keuntungan walau sesen hasil dari pungutan Derma.Download.Duduk.Dengar ini nanti . Niat kami ikhlas untuk turut membantu Barisan Hadapan atau sesiapa sahaja yang sedang bertarung nyawa membenteras gejala #Covid19 ini, jadi kepada mereka yang masih was-was , maka dengan hormatnya tidak perlulah menyertai Kempen Derma.Download.Duduk.Dengar ini .

ANDA IKHLAS DAN BERSEDIA UNTUK MENDERMA ?
SILA WHATS APP RESIT ANDA !

Email: penerbitanpancasona@gmail.com

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.